Saturday 21 September 2013

Bio, fizik, kimia.

P A D U K A

Mula ditubuhkan pada awal 2009 dengan 4 orang ahli. Ahli yang kesemuanya berasal dari Melaka menggunakan nama METADON untuk diperkenalkan kepada umum. Penggunaan nama Metadon, iaitu sejenis ubat penawar bagi penagih dadah sinonim dengan perjuangan dan harapan kami yang mahu menjadi penawar kepada industri muzik tanah air. Persembahan pertama pada September 2009 di Rumah Media Melaka sempena Festival Amankan Palestin menjadi titik permulaan bagi kami untuk bermain kugiran secara serius. Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak bermain di mana-mana ‘gig’ kerana ingin bersedia sepenuhnya.
Selepas hampir 2 tahun, perjalanan kami dimulakan pada penghujung tahun 2011 di ‘End of Year’ gig di Kaizen Studio Taman Merdeka,Melaka dan semakin giat dengan berberapa persembahan selepas itu. Kami mula memperbaiki kesilapan demi kesilapan ketika di pentas bagi memastikan mereka yang mendengar dapat memahami apa yang kami cuba sampaikan. Setelah setahun membawa nama Metadon, kata sepakat diambil untuk menukar nama kerana takut nama Metadon disalah ertikan.
Gabungan perkataan PADU(muzik) dan DUKA(lirik) disatukan menjadi PADUKA. Sesuai dengan perjuangan dan genre kami yang ingin mengetengahkan muzik melayu moden. Penggunaan nama ini bermula pada gig ‘New Year Festival’ di Unison Studio, Melaka Raya pada awal 2013. Dan pada pertengahan tahun 2013,kami mengambil keputusan untuk mengambil seorang lagi ahli kumpulan sebagai vokalis untuk menggantikan pemain gitar utama yang ingin focus kepada bunyian gitar.